PORTAL TEKNIKAL

LAMAN INI MEMBERI FOKUS KEPADA ISU DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL

Sunday, June 22, 2008

Kursus Pembinaan Bina Item dan JSU Anjuran Institut Perguruan ( IPTI)

LAPORAN KURSUS



LAPORAN KURSUS PEMBINAAN ITEM DAN JADUAL SPESIFIKASI ITEM MATA PELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH BERSAMA INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH PONTIAN

Tarikh : 02-03 Julai 2008
Tempat : Bilik Syarahan SMK Ayer Baloi , Pontian
Masa : 8.00pg – 5.00ptg
Jumlah Guru : 42 Orang ( 2 Julai ) / 45 Orang ( 3 Julai )

Objektif Kursus

1. Guru dapat membina Jadual Spesifikasi Item ( JSI)
2. Guru dapat membina item soalan mengikut Jadual Spesifikasi Item (JSI) yang dibina.


Hasil Dapatan Kursus

1. Kursus ini perlu diteruskan dari masa ke semasa
2. Kursus ini sepatutnya dijalankan lebih awal.
3. Perlu Pendedahan yang mendalam berkaitan pembinaan JSU/Item Soalan
4. Tempoh masa kursus terlalu pendek
5. Penglibatan guru agak kecil
6. Bahan kursus perlu disediakan lebih awal.
7. Komitmen guru terhadap kursus ini sangat baik.

Kesimpulan

Secara keseluruhanya kursus yang dijalankan ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan guru dalam merangka dan menyediakan JSU serta dapat membina item soalan mengikut JSU yang telah ditetapkan.Walau bagaimanapun usaha kearah memantapkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Pembinaan Item Soalan serta JSU seharusnya diperhebatkan agar guru yang ada benar-benar berkebolehan mengusai ilmu ini. Maklumat-maklumat terkini yang berkait dengan tujuan kursus ini juga perlu segera dimaklumkan kepada guru-guru yang terlibat supaya set soalan yang bakal dihasilkan benar-benar mengikut kehendak kurikulum itu sendiri.


Disediakan oleh :
Urusetia Kursus
SMK Ayer Baloi, Pontian
02 Julai 2008