PORTAL TEKNIKAL

LAMAN INI MEMBERI FOKUS KEPADA ISU DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL

Monday, November 17, 2008

Makluman Guru-Guru Teknik dan Vokasional

Selamat Bercuti dan membuat persediaan untuk tahun 2009. Mudah-mudahan tahun 2009 akan lebih berjaya . Kepada blogger-blogger yang telah dikhususkan untuk menyediakan bahan-bahan bagi subjek yang telah dikenalpasti...tuan/puan/cik diminta sentiasa memasukkan bahan-bahan baru untuk dikongsi oleh semua rakan guru yang lain.

Sekian Harap Makluman dan Tindakan untuk semua

Saturday, September 13, 2008

Kem Kecemerlangan Mata Pelajaran Teknikal 2008

Kem Kecemerlangan PA

Tempat : SM Teknik Pontian
Tarikh : 09 Oktober 2008

Kem Kecemerlangan Skonomi STPM

Tempat : SMK Dato Penggawa Barat
Tarikh : 18 Oktober 2008

Kem Kecemerlangan EA

Tempat : SMK PtBetak
Tarikh : 23 Oktober 2008

Kem Kecemerlangan PD

Tempat : SMK Benut
Tarikh : 23 Oktober 2008

Program Tuju A Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional Tahun 2008

Matlamat
1. membantu murid bersedia menghadapi peperiksaan SPM 2008 dan membantu pengajaran dan pembelajaran

Fokus
1. Ceramah atau pembengkelan soalan jangkaan dan tumpuan jawapan beformat bagi tajuk-tajuk penting.

Tarikh Perlaksanaan - ( 07 Oktober - 05 November )

Sekolah-sekolah yang terlibat dapat menghubung JU-JU yang telah ditetapkan ke sekolah tuan/puan.

Sunday, June 22, 2008

Kursus Pembinaan Bina Item dan JSU Anjuran Institut Perguruan ( IPTI)

LAPORAN KURSUS



LAPORAN KURSUS PEMBINAAN ITEM DAN JADUAL SPESIFIKASI ITEM MATA PELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH BERSAMA INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH PONTIAN

Tarikh : 02-03 Julai 2008
Tempat : Bilik Syarahan SMK Ayer Baloi , Pontian
Masa : 8.00pg – 5.00ptg
Jumlah Guru : 42 Orang ( 2 Julai ) / 45 Orang ( 3 Julai )

Objektif Kursus

1. Guru dapat membina Jadual Spesifikasi Item ( JSI)
2. Guru dapat membina item soalan mengikut Jadual Spesifikasi Item (JSI) yang dibina.


Hasil Dapatan Kursus

1. Kursus ini perlu diteruskan dari masa ke semasa
2. Kursus ini sepatutnya dijalankan lebih awal.
3. Perlu Pendedahan yang mendalam berkaitan pembinaan JSU/Item Soalan
4. Tempoh masa kursus terlalu pendek
5. Penglibatan guru agak kecil
6. Bahan kursus perlu disediakan lebih awal.
7. Komitmen guru terhadap kursus ini sangat baik.

Kesimpulan

Secara keseluruhanya kursus yang dijalankan ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan guru dalam merangka dan menyediakan JSU serta dapat membina item soalan mengikut JSU yang telah ditetapkan.Walau bagaimanapun usaha kearah memantapkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Pembinaan Item Soalan serta JSU seharusnya diperhebatkan agar guru yang ada benar-benar berkebolehan mengusai ilmu ini. Maklumat-maklumat terkini yang berkait dengan tujuan kursus ini juga perlu segera dimaklumkan kepada guru-guru yang terlibat supaya set soalan yang bakal dihasilkan benar-benar mengikut kehendak kurikulum itu sendiri.


Disediakan oleh :
Urusetia Kursus
SMK Ayer Baloi, Pontian
02 Julai 2008


Thursday, May 15, 2008

Karnival Pendidikan Teknik dan Vokasional Negeri Johor Tahun 2008

MAKLUMAT PERTANDINGAN


TARIKH : 27 - 28 JUN 2008
TEMPAT : SMK SRI KENANGAN , SEGAMAT

Monday, May 12, 2008

KURSUS PENGINTERGRASIAN ICT DALAM P&P DAN PEMBELAJARAN SKIM BANTUAN TUSYEN DAN E-LEARNING DAERAH PONTIAN

Tarikh : 15 Mei 2008 ( Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKAB
Masa : 8.00 pagi - 05.00ptg

Kepada yang terlibat harap hadir dan membawa bahan untuk tujuan kursus

Terima Kasih

Monday, April 28, 2008

Karnival Teknik dan Vokasional Daerah Pontian Kali ke 5 Tahun 2008

Tahniah dan syabas kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang 2 hari karnival diadakan . Pihak Urusetia Pertandingan mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada semua pihak yang telah menjayakan karnival ini samada secara langsung atau tidak . Segala kekurangan atau kelemahan harap dimaafkan. Insyaallah panjang umur jumpa lagi pada tahun hadapan.

Dari Urusetia
Karnival Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kali ke 5 2008

Sunday, April 13, 2008

Gambar-Gambar Sekitar Mesyuarat Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Teknikal Kali 1/2008 Negeri Johor

Gambar-Gambar Sekitar Mesyuarat


Terima kasih , kepada semua peserta mesyuarat yang terdiri dari Pegawai-Pegawa JPNJ dari Unit Teknikal , Pegawai PPD Teknik dan Vokasional Daerah-Daerah , Guru-Guru Kanan Teknik dan Vokasional Daerah Pontian , Pengerusi dan SU JKD MP Teknikal Daerah-Daerah , SMK Dato'Penggawa Barat selaku tuan rumah dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat ini . Jika terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan harap dimaafkan. Berjumpa lagi di tahun hadapan insyaallah...Mudah-mudahan segala usaha kita akan sentiasa diberkati Allah hendakNya.

Wednesday, April 9, 2008

Intipati Ucaputama Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Johor


Strategi Peningkatan : Fokus meningkatkan Kualiti Serta Pemantapan Pengurusan dan Perlaksanaan Kurikulum Sekolah :

1. Program Post Mortem
2. Keupayaan Guru
3. Pencapaian Murid
4. Jadual Spesifikasi Item (JSI)
5. Rancangan Panitia
6. Kumpulan pemulihan

Terdahulu sebelum ucapan beliau Ketua Unit Teknik dan Vokasional JPNJ Tn HJ Mahmood b Mamek telah menyentuh berkaitan Audit Akademik PMR dan SPM MP Teknikal .



Meyuarat Pengerusi Panitia Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional Kali 1/2008

SMK Penggawa Barat , Pontian : Sebahagian Guru Kanan Teknik dan Vokasional Daerah Pontian yang sedang membuat persiapan sebelum Mesyuarat Pengerusi Panitia Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional dijalankan. Terima Kasih pada semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan majlis ini.

Monday, April 7, 2008

SELAMAT DATANG KE PONTIAN

Unit Teknik dan Vokasional Daerah Pontian mengucapkan selamat datang ke Pontian untuk Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional Kali 1/2008 Negeri Johor yang akan berlangsung di SMK Dato Penggawa Barat. Mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkan dan dapat meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran Teknik dan Vokasional negeri Johor.


Ikhlas Dari

Unit Teknik dan Vokasional Daerah
Guru- Guru Kanan Teknik dan Vokasional Daerah Pontian

Saturday, April 5, 2008

Selamat Datang Ke Laman Unit Teknik dan Vokasional Daerah Pontian

Assalamualaikum


Selamat datang diucapkan kepada semua. Laman ini masih dalam proses pembangunan . Harap Bersabar.