PORTAL TEKNIKAL

LAMAN INI MEMBERI FOKUS KEPADA ISU DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL

Monday, April 28, 2008

Karnival Teknik dan Vokasional Daerah Pontian Kali ke 5 Tahun 2008

Tahniah dan syabas kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang 2 hari karnival diadakan . Pihak Urusetia Pertandingan mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada semua pihak yang telah menjayakan karnival ini samada secara langsung atau tidak . Segala kekurangan atau kelemahan harap dimaafkan. Insyaallah panjang umur jumpa lagi pada tahun hadapan.

Dari Urusetia
Karnival Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kali ke 5 2008

Sunday, April 13, 2008

Gambar-Gambar Sekitar Mesyuarat Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Teknikal Kali 1/2008 Negeri Johor

Gambar-Gambar Sekitar Mesyuarat


Terima kasih , kepada semua peserta mesyuarat yang terdiri dari Pegawai-Pegawa JPNJ dari Unit Teknikal , Pegawai PPD Teknik dan Vokasional Daerah-Daerah , Guru-Guru Kanan Teknik dan Vokasional Daerah Pontian , Pengerusi dan SU JKD MP Teknikal Daerah-Daerah , SMK Dato'Penggawa Barat selaku tuan rumah dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat ini . Jika terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan harap dimaafkan. Berjumpa lagi di tahun hadapan insyaallah...Mudah-mudahan segala usaha kita akan sentiasa diberkati Allah hendakNya.

Wednesday, April 9, 2008

Intipati Ucaputama Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Johor


Strategi Peningkatan : Fokus meningkatkan Kualiti Serta Pemantapan Pengurusan dan Perlaksanaan Kurikulum Sekolah :

1. Program Post Mortem
2. Keupayaan Guru
3. Pencapaian Murid
4. Jadual Spesifikasi Item (JSI)
5. Rancangan Panitia
6. Kumpulan pemulihan

Terdahulu sebelum ucapan beliau Ketua Unit Teknik dan Vokasional JPNJ Tn HJ Mahmood b Mamek telah menyentuh berkaitan Audit Akademik PMR dan SPM MP Teknikal .



Meyuarat Pengerusi Panitia Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional Kali 1/2008

SMK Penggawa Barat , Pontian : Sebahagian Guru Kanan Teknik dan Vokasional Daerah Pontian yang sedang membuat persiapan sebelum Mesyuarat Pengerusi Panitia Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional dijalankan. Terima Kasih pada semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan majlis ini.

Monday, April 7, 2008

SELAMAT DATANG KE PONTIAN

Unit Teknik dan Vokasional Daerah Pontian mengucapkan selamat datang ke Pontian untuk Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional Kali 1/2008 Negeri Johor yang akan berlangsung di SMK Dato Penggawa Barat. Mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkan dan dapat meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran Teknik dan Vokasional negeri Johor.


Ikhlas Dari

Unit Teknik dan Vokasional Daerah
Guru- Guru Kanan Teknik dan Vokasional Daerah Pontian

Saturday, April 5, 2008

Selamat Datang Ke Laman Unit Teknik dan Vokasional Daerah Pontian

Assalamualaikum


Selamat datang diucapkan kepada semua. Laman ini masih dalam proses pembangunan . Harap Bersabar.