PORTAL TEKNIKAL

LAMAN INI MEMBERI FOKUS KEPADA ISU DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL

Wednesday, June 10, 2009

Lagi Gambar-Gambar Karnival Teknik dan Vokasional Negeri

Gambar-Gambar Sekitar Karnival Teknik dan Vokasional Negeri Johor 2009

Tahniah Daerah Pontian

Terima kasih dan tahniah buat semua guru-guru Teknik dan Vokasional Daerah Pontian yang telah bertungkus lumus menjayakan Karnival Pendidikan Teknik dan Vokasional Negeri Johor Tahun 2009 dan Pontian telah berjaya menjadi JOHAN KESELURUHAN pada karnival tersebut. Pada sekolah-sekolah yang berjaya mengharumkan nama Pontian dalam pertandingan diatas diucapkan syabas dan tahniah sekali lagi.

Tuesday, May 26, 2009

SELAMAT DATANG KE DAERAH PONTIAN

Selamat Datang ke Pontian kepada semua peserta Karnival Penidikan Teknik dan Vokasional Negeri Johor 2009 . Moga dapat jadikan Karnival tahun lebih meriah dan berkesan. Jika terdapat sebarang kelemahan dan kekurang dari pihan tuan rumah harap dapat dimaafkan .

Selamat Bertanding buat semua peserta.

Saturday, May 16, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA - SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. Semoga segala pengorbanan dan bakti yang dicurahkan oleh tuan/puan dalam mendidik anak bangsa akan mendapat ganjaran yang setimpal didunia dan akhirat. amin.

Friday, May 8, 2009

Makluman Tarikh Karnival Teknik dan Vokasional 2009

Pada semua pihak yang berkenaan. Harap dalam makluman tuan/puan bahawa tarikh Karnival Teknik dan Vokasional 2009 Negeri Johor akan diadakan pada 29 - 30 Mei 2009. Sehubungan dengan itu semua urusetia karnival serta rakan-rakan jurulatih diminta untuk membuat persiapan awal berhubung perkara diatas. Kerjasama dari tuan/puan amat dihargai bagi melincikan perjalanan karnival ini. Sekian Terima Kasih.

Monday, May 4, 2009

Takziah Buat Keluarga Allayarham Cikgu Ariff Anuar b Melan

Saya selaku Pen.PPD Teknik dan Vokasional Daerah Pontian mengucapkan Takziah buat keluarga Allahyarham Cikgu Ariff Anuar b Melan yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis 30 April 2009 yang lalu. Pada warga pendidik Daerah Pontian marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah moa roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman . Amin

Thursday, April 23, 2009

Tahniah Buat Pelajar RC SMK Ayer Baloi


Tahniah dan syabas buat Guru dan Pelajar RC yang telah berjaya menempatkan diri sebagai tiga peserta peringkat akhir Pertandingan Reka Cipta sempena Hari Harta Intelek Negara yang sedang berlangsung di Pusat Konvension Kuala Lumpur. Tahniah buat anda semua kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan juga seluruh warga pendidikan di Daerah Pontian .

Friday, April 10, 2009

Sumbangan Bahan Kajian Tindakan

Sumbangan serta pandangan yang membina untuk meningkatkan persembahan Portal Kajian Tindakan Daerah Pontuan sangat dialu-alukan .

Friday, March 27, 2009

Pelancaran Jurnal dan Portal Kajian Tindakan Daerah Pontian

Pelancaran Jurnal dan Portal Kajian Tindakan Daerah Pontian
Tarikh : 28 Mac 2009
Tempat : SMK Dato Penggawa Barat

Tuesday, March 24, 2009

Maklumat Program Di bawah Seliaan Unit Teknik dan Vokasional

Terkini

28.03.09 - Kursus Kajian Tindakan ( SMK Dato Penggawa Barat)
31.03.09 - Kursus Pemantapan Pengunaan JSI/Pembinaan Item dan
Analisis Item Bagi Guru KH dan Guru Cemerlang - SMK Sri Tanjung
01.04.09 - Kursus Pemantapan Penggunaan JSI/Pembinaan Item dan
Analisis Item Bagi Guru KH SMK Sri Tanjung

Monday, March 23, 2009

Makluman Pertukaran Alamat Portal Kajian Tindakan

Untuk makluman semua alamat Portal Kajian Tindakan Daerah Pontian iaitu portalkajiantindakan.blogspot.com kini ditukar kepada arpontian.blogspot.com sebarang kesulitan harap dimaafkan.

Sekian untuk makluman